Wednesday, October 29, 2014

KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK MSS SELANGOR 2014

SK. Pelabuhan Klang telah dipilih sebagai pengelola acara timang-timang takraw peringkat negeri Selangor. Kejohanan telah diadakan pada 18 Oktober 2014 bertempat di Dewan Putera, SMK Tinggi, Klang. Pada kejohanan tersebut pasukan Klang telah menjadi JOHAN dengan mengalahkan Daerah Sepang pada perlawanan akhir. TAHNIAH di ucapkan...

Perlawanan akhir dengan Daerah Sepang


Pemain sedang beraksi pada perlawanan akhir




Mendengar arahan daripada jurulatih



Tekong terbaik, apit kanan terbaik dan apit kiri terbauk di sandang oleh pemain Daerah Klang. TAHNIAH


















PENCAPAIAN PEMAIN SEPAK TAKRAW SK. PELABUHAN KLANG




Kejohanan Sepak Takraw MSSD Klang 2014


Pemain sepak takraw bawah 12 sedang beraksi pada perlawanan akhir MSSD Klang menentang musuh tradisi SK. Kampung Pendamar

Menjadi naib johan setelah tewas pada perlawan akhir 

Adik Muhd Jamari terpilih sebagai apit kanan terbaik kejohanan MSSD Klang.


Kejohanan Timang-timang takraw MSSD Klang 2014


 1) Bawah 10 Tahun

    Pemain bawah 10 tahun pada tahun ini kurang bernasib baik. Pemain hanya sampai ke peringkat suku akhir sahaja setelah tewas kepada SK. Binjai
Pemain-pemain bawah 10 tahun dan 11 tahun 

Pemain bawah 10 sedang diberi arahan oleh jurulatih Cikgu Aizat


Pemain bawah 10 sedang beraksi
2) Bawah 11 tahun 


Pemain bawah 11 tahun 


Arahan tegas daripada coach 

Perlawanan akhir dengan SK Kg Johan Setia

Tewas di Final. Hanya naib johan. Tahniah 



LATAR BELAKANG SUKAN SEPAK TAKRAW

         

        Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Dua regu yangbertanding di gelanggang dipisahkan dengan jaring yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola 
sintetik.

         Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad, Putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

          Di Malaysia permainan ini disebut ‘sepak raga’, di Filipina ‘sipa’, di Burma ‘chinlone’, di Laos ‘kator’, dan di Thailand ‘takraw’. Permainan sepak takraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.

          Sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat 
antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. 
Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAK TAKRAW, iaitu gabungan perkataan ‘sepak’ dan ‘takraw’ menjadi satu perkataan.

       Pada masa kini permainan sepak takraw telahpun mengalami evolusi. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh atlet lelaki tetapi dimainkan oleh atlet wanita.

AKTIVITI KELAB SEPAK TAKRAW la2014

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Kelab Sepak takraw SK. Pelabuhan Klang

Perlawanan persahabatan antara regu

Pertandingan antara regu


Permainan sepak raga




PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN


Kedudukan pemain sepak takraw


Bilangan pemain seramai 3 orang setiap regu. 

Salah seorang pemainberada di belakang dinamakan tekong.

Dua orang lagi berada di hadapan, seorang di sebelah kiri ( Apit Kiri ) dan 
seorang di sebelah kanan(Apit Kanan ).

Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalan.


Sistem kiraan mata

•   Bila perkara batal dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau 
    menerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk 
    melakukan sepak mula seterusnya.
•   Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata.
•   Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit rehat antaranya.
•   Apabila kedudukan pada mata 20-20, penggunaan mata syiling 25
    dijalankan. Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga 
    mata 25.
•  Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di
    dalam set ketiga yang dinamakan ‘Tie Break’ dengan 15 mata.
•  Sebelum Pusingan‘tie Break’bermula, pengadil akan membuat undian dan
   pasukan yang memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar petak 
   akan berlaku apabila satu regu mencapai 8 mata.


Memulakan Permainan


Sepak mula akan dilakukan bagi setiap mata yang diperolehi.
Mata akan diperolehi apabila bola dimatikan di gelanggang lawan.
Apabila berlaku kesalahan atau batal pihak lawan akan mendapat mata.
Antara kesalahan:
a. Melanggar jaring dan tiang.
b. Menggunakan tangan.
c. Mengawal bola lebih dari 3 sentuhan.
d. Bermain dengan cara berbahaya.
e. Mana-mana pemain yang membaling bola untuk sepak mula dengan 
mengangkat kaki ,memijak garisan atau tangan melepasi jaring atau 
menyentuh jaring semasa campakkan dibuat. 
f. Mana-mana bahagian anggota pemain yang memasuki kawasan lawan 
sama ada di atas atau di bawah jaring


Pakaian dan kasut

1. Pakaian sukan yang sesuai dan berkasut.
2. Memakai kasut bertapak getah yang sesuai untuk aktiviti.
3. Berstoking.






MISI & VISI KELAB SEPAK TAKRAW SK. PELABUHAN KLANG


MISI
Kelab ini ditubuhkan dengan misi melahirkan pemain yang berkebolehan dalam segala aspek pengurusan kelab dan berkemahiran dalam permainan sepak takraw

VISI
Kelab ini bertanggungjawab melatih dan melahirkan pemain mampu mewakili sekolah, daerah, negeri dan Negara.